Thursday 28 March 2013

tika itu,

aku terleka,


terhanyut seketika,


dibuai dunia yang sementara,


terasa asyik dengan belaian dunia,


tanpa kusedar akan siapa pemiliknya,


tika diri terasa semakin hampir,


untuk menuju kepadaMu Ya Allah!


cahaya yang menerangi semakin malap,


dan pandanganku semakin kabur,


keliru dengan hatiku,


kerana titik-titik hitam yang terdapat pada diriku,


Ya Allah betapa hati ini sangat inginkan maghfirah warahmahMu..



Assalamualaikum semua...memang susah kalo nak
 update selalu blog ni..so, nak tanya semua apa 
khabar hati??apa khabar iman??adakah seperti 
sediakala??atau..menurun??atau..menaik??kali ni 
saya sertakan button yang dibuat untuk kali kedua..
kalau yang pertama saya buat dalam lab..so, yang ni 
saya buat sorang2..bila buat sorang2 rasa senang la plak..papepon..ni baru permulaan je..harapan selepas ni semoga Allah SWT melancarkan segalanya untuk menghadapi apa yang akan mendatang..

Wednesday 13 March 2013

button

ha.. ni pulak first trial selepas berhempas-pulas menggunakan adobe photoshop(ye la orang baru first time guna adobe)..hai, nampaknya lepas ni kena buat banyak-banyakla gayanya..orang lain da bleh wat yang lain..kite boleh buat yang ni je..takpe2..terima kasih kat lecturer, dr asyikin n jugak kawan2 y sudi menolong..

dai'e

Sedang hari itu,

Seorang dai'e bertafakur,

Sambil jiwanya berbisik...

"Mampukah aku menanganinya? Sedangkan diriku serba kekurangan.."

Terasa dirinya begitu lemah,

Dalam menghadapi ujian Allah,

Dia mula meragui keupayaannya,

Terasa berat beban yang perlu dipikul,

Tapi dia yakin,

Allah memberi ujian kepada hambaNya sesuai dengan hambanya,

Namun apabila keseorangan,

Jiwanya sungguh teruji,

Memerlukan teman sebagai penyuntik semangat,

Walaupun begitu,

Dia perlu bangkit,

Untuk menegakkan agama yang suci ini,

"Aku mesti berbuat sesuatu!"

Hati dai'e itu berkobar-kobar,

Dengan beroborkan azam dan tekad,

Matlamatnya lillahitaala,

Demi agama tercinta..


Monday 4 March 2013

coklat...

ha..sume da tau kan ni gambar pe??ni la salah satu hobi.. sebabnya saya suka makan coklat ni..ni sume adalah untuk satu sem, sem lepas.. mmm sem ni nak kumpul ape plak ye??ingat nak kumpul botol minuman la..yaitu minuman yogurt nutrigen liteyo(salah satu minuman kegemaran)..brpe plak sem ni dapat kumpulkan.. :)..just wait n see!!
Assalamualaikum..rseye da berapa hari tak tulis dalam blog ni..nak buat camne..laptop rosak..last-last terfikir nak bertukar laptop dengan adik..maklumla yang kite punye kecik je..yang adik punye besar..terima kasih yang tak terhingga adindaku sebab bagi barang kesayanganmu ini(ayat jiwang sikit, nak ambik hati la katakan)..anyway, setelah sekian lama tak berblog ni apa khabar hati??apa khabar iman??adakah meningkat??apa2 pun diharapkan iman sentiasa dapat ditingkatkan walaupun sedikit demi sedikit..

Wednesday 27 February 2013

senyumlah..

senyumlah walau terpaksa..meskipun hati penuh kedukaan..kerana selain sedekah senyum merupakan penawar hati yang sakit..
_peringatan untuk diri sendiri jugak_